Thursday 26 April 2012

APA ITU KERJAYA?

Antara definisi yang dapat di senaraikan ialah :

Kerjaya = Kerja + Minat + Kepuasan –> untuk berjaya dalam kerjaya kita perlu buat kerja dengan ada minat yang tinggi dan sepenuh hati yang mana akhirnya kita sendiri akan puas dengan apa yang dilakukan serta hasilnya
Kerjaya - satu rangkaian pekerjaan yang melibatkan diri seorang individu. Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sahaja sepanjang hidupnya sementara individu yang lain mungkin akan bertukar-tukar silih berganti

sejarah kaunseling

Sejarah Kaunseling
PENGENALAN

Kaunseling adalah satu profesion yang jelas dan nyata. Ia berkaitan dengan kebajikan, pembangunan, dan membantu orang yang kurang berfungsi. Ini adalah berdasarkan prinsip dan definisi yang berkembang pada awal hingga kini. Menurut Governing Council of the American Counseling Association (ACA), praktis profesion kaunseling adalah berkait dengan kesihatan mental, psikologikal, dan prinsip pembangunan manusia melalui kognitif, intervensi, strategi menyediakan kebajikan, pertumbuhan personal atau pembangunan dalam pekerjaan dan juga patologi. Esei ini membincangkan sejarah awal kaunseling dan faktor-faktor mempengaruhi perkembangan profesion kaunseling supaya kita dapat lebih memahami tentang akar profesion kaunseling.

Antara 1800:

Pada tahun 1800, beberapa pergerakan pembaharuan berlaku serentak dan akhirnya mempengaruhi perkembangan profesion kaunseling. Pekerja sosial yang bekerja dengan orang miskin; doktor penyakit jiwa yang cuba mengesankan perubahan dalam rawatan sakit jiwa; pendidik ingin menggunakan cara mengajar yang lebih berperikemanusiaan (Dewey, 1956; Dykhuizen, 1973; Neukrug, 1994). Pelbagai pergerakan pembaharuan ini telah membentuk satu semangat di Amerika Syarikat dimana masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk membantu orang lain dan menggunakan kaedah berperikemaunusiaan yang baru untuk individu yang memerlukan pertolongan.
Pada akhir abad ke-18, bermulanya pergerakan vokasional bimbingan dan akhirnya menubuhkan profesion kaunseling. Pada masa ini bermulanya Revolusi Industri, pergerakan pembaharuan kebajikan sosial, dan peningkatan imigresen di sekitar Bandar timur laut (Aubrey, 1984). Pada umumnya, kebanyakan pelopor dan pembaharu sosial telah melibatkan diri dalam vokasional bimbingan atau kebajikan kanak-kanak dengan mengajar pengetahuan moral dan menyelesaikan hubungan dalaman dan luaran individu kepada mereka (Nugent, 2000).

Pembentukan makmal sains di Eropah dan Amerika Syarikat T dalam menguji telah bertambah minat pada diri sendiri. Ujian kecerdikan Alfred Binet terbentuk pada tahun 1896 untuk membantu individu dan institusi dalam membuat keputusan. Sejumlah alatan penilaian kecerdikan telah digunakan dalam vokasional kaunseling dan ia adalah sebagai satu tanda permulaan profesion kaunseling (Williamson, 1964).

Psikoanalisis dan pembentukan psikoterapi adalah penting kepada penubuhan profesion kaunseling. Pada masa 1800, berlaku perubahan besar dalam perubatan. Individu mencabar fahaman bahawa mental jiwa adalah disebabkan oleh hantu atau organik dalam alam semulajadi. Kegunaan terapeutik hipnosis dijumpai dan, dengan itu, ramai individu meletakkan masalah emosi sebagai faktor psikologikal ketidaksedaran (Ehrenwald, 1976). Freud adalah orang pertama membentuk teori yang komplek itu untuk menerangkan masalah emosi. Beliau dan pelajarnya telah membuat id, ego, superego, bawah sedar dan perkembangan psikoseksual umum. Cara ‘psikologikal’ baru yang melihat dunia ini telah mempengaruhi kewujudan bidang psikologi.

Antara 1900:

Tahun ini telah membawa vokasional bimbingan yang sistematik, satu pendekatan yang menyeluruh kepada vokasional bimbingan. Jesse B. Davis (1871-1955) adalah orang pertama membentuk program bimbingan yang sistematik di sekolah awam (Aubrey, 1977; Brewer, 1942). Pada tahun 1907, di Grand Rapids, Michigan, Sekolah Sistem, beliau mencadangkan guru karangan bahasa Inggeris perlu mengajar kurikulum bimbingan supaya mencapai matlamat membina sikap baik dan elak membuat masalah. Dengan pengaruh daripada pendidik lain, Davis percaya bahawa bimbingan yang sempurna dapat merawati penyakit sosial Amerika Syarikat pada masa itu (Davis, 1914).

Frank Parson (1859-1908) yang dikenali sebagai ‘Bapa Bimbingan’ mempunyai pengaruh yang besar atas kaunseling kini (Ginter, 2002, p. 221) dan vokasional bimbingan di Amerika Syarikat (McDaniels & Watts, 1994). Beliau adalah orang yang luar biasa dan cerdik dalam vokasional bimbingan sistematik peringkat sekolah dan kebangsaan; beliau dapat nampak kepentingan kaunseling individu; dan berpendapat bahawa kerjasama dalam masyarakat adalah lebih penting daripada persaingan dan kasih sayang dapat menggantikan ketamakan (Jones, 1994). Beliau terkenal dengan menjumpai vokasional biro Boston pada 1908, satu langkah besar menginstitusikan vokasional bimbingan.

Clifford Beers (1876-1943) telah memasuki hospital sebab penyakit skizofrenia (Kiselica & Robinson, 2001). Beliau mendapati keadaan dalam institusi mental amat teruk dan dengan itu mendedahkannya dalam buku A Mind That Found Itself pada tahun 1909 dan menggunakannya sebagai platform untuk membina kemudahan kesihatan mental yang lebih baik dan membuat pembaharuan dalam rawatan penyakit mental. Tindakan beliau telah memberi dorongan atas pergerakan mental jiwa di Amerika Syarikat. Selepas Perang Dunia I, sesetengah psikologis menawarkan perkhidmatan kepada orang yang mempunyai masalah psikologikal akibat daripada perang dunia. Akhirnya, rawatan telah membawa perubahan kepada individu dan perluasan klinik kesihatan mental.




Antara 1910:
Dengan permulaan satu orientasi teoritikal dan pertubuhan perbadanan bangsa, Perbadanan Vokasional Bimbingan Kebangsaan (NVGA) telah ditubuhkan pada tahun 1913. Semasa Perang Dunia I, ‘kaunseling terkenal semasa tentera mula menggunakan ujian dan latihan penempatan sejumlah besar ahli tentera’ (Hollis, 2000, p. 45). Penilaian keupayaan telah digunakan atas asas large-scale kerana ujian ini telah digunakan atas tentera Alfa dan Beta untuk menentukan kecerdikan mereka. Ujian ini merevolusikan vokasional kaunseling dan dapat digunakan untuk menunjukkan emosi mereka yang mengganggu individu. Kejayaan large-scale ini telah berkembang dan bersesuaian dalam sekolah, perniagaan dan industri (Drummond, 1996). Dalam pertengahan abad ke-20, ujian untuk menimbang kognitif keupayaan, keminatan, kecerdikan, dan personaliti adalah umum kerana banyak daripada ujian ini dapat mencari cara dalam semua jenis latihan kaunseling. Ia menjadi pergerakan yang popular dan merupakan penubuhan awal pada asas kaunseling.

Antara 1920:

Teori pendidikan yang progresif dan kerajaan menggunakan perkhidmatan bimbingan dengan veteran telah mempenaruhi profesion kaunseling. Pembentukan pusat kaunseling perkahwinan dan keluarga yang pertama pada tahun 1929 dengan kesan peristiwa Abraham dan Hannah Stone.

Antara 1930:

Great Depression mempengaruhi pengkaji dan pengamal dalam universiti dan vokasional seting untuk menekankan strategi pertolongan dan kaedah kaunseling yang berkaitan dengan pekerjaan (Ohlsen, 1983). Teori kaunseling yang pertama dibentuk oleh E. G. Willimson (1900-1979) di Universiti Minnesota. Beliau mengubahsuaikan idea Parson dan menekankan pendekatan counselor-centered dalam Minnesota point of view dan trait-factor counseling. Pendekatan pragmatik beliau menekankan kemahiran pengajaran, penguasaan, pengaruh kaunselor (Williamson, 1939). Beliau berfikir bahawa tugas kaunselor adalah untuk memastikan kekurangan pengetahuan atau kemahiran yang ada pada klien dan kemudiannya menetapkan satu prosedur untuk membetulkan masalah tersebut. Pada tahun 1932, John Brewer mengumumkan setiap guru perlu meletakkan bimbingan sebagai satu subjek dalam kurikulum. Pada masa ini, kerajaan Amerika Syarikat juga lebih melibatkan diri dalam bimbingan dan kaunseling.

Antara 1940:

Pendekatan humanistik Carl Rogers (1902-1987) telah merevolusikan praktis kaunseling dengan cepat. Pendekatan humanistik, kepentingan klien, non-directive kepada individu dapat dilihat dalam tempoh-pendek, lebih berperikemanusiaan, lebih jujur, dan lebih berdikari terhadap klien. Pada awal tahun ini, penerbitan buku Kaunseling dan Psikologi memberi kesan major atas profesion kaunseling (Rogers, 1942). Rogers dan lain-lain dalam pembangunan humanistik kaunseling dan pendidikan telah memberi dorongan besar kepada kaunseling dengan berpindah dari satu orientasi vokasional bimbingan kepada satu yang lebih luas dasarnya. Pendekatan Rogers telah meningkatkan fokus pada kebebasan personal dan autonomi selepas Perang Dunia II (Aubrey, 1977) dan revolusi beliau mempunyai kesan besar atas bidang kaunseling dan psikologi.

Dengan kedatangan Perang Dunia II, kerajaan Amerika Syarikat memerlukan kaunselor dan psikologis untuk bantu dalam memilih dan melatih tentera dan industri (Ohlsen, 1983). Perang tersebut telah membawa satu pandangan baru terhadap lelaki dan wanita kerana wanita terpaksa bekerja semasa krisis perang dan sumbangan mereka terhadap pekerjaan adalah dalam keadaan baik di Amerika Syarikat. Peranan jantina dalam pekerjaan tradisional mula dipersoalkan dan kebebasan persona juga ditekankan.

Antara 1950:

Masa ini memberi kesan yang paling besar atas kaunselor. Pendekatan moralistik beralih kepada humanistik, orientasi non-directive. Peristiwa tersebut secara relatifnya telah mempengaruhi sejarah kaunseling. Perbadanan Keahlian dan Bimbingan Amerika Syarikat (APGA) terbentuk pada tahun 1952 dengan tujuan menyatukan mereka yang berminat dalam bimbingan, kaunseling, dan masalah diri. Ia adalah satu organisasi “berkenaan dengan pendidikan dan bimbingan vokasional serta aktiviti kakitangan lain” (Harold,1985, p.4). APGA adalah organisasi yang menarik berbanding dengan organisasi profesion lain kerana ia tidak menguatkuasakan taraf keahlian (Super, 1955).
Pembentukan Pembahagian Psikologi Kaunseling (Division 17) pada tahun 1952 adalah sebab ahli-ahli Perbadanan Psikologikal Amerika Syarikat (APA) lebih berminat berkhidmat dengan populasi ‘normal’ daripada perlunya psikologis klinikal (Whiteley, 1984). Super (1955) membezakan antara psikologi kaunseling dengan psikologi klinikal iaitu psikologi kaunseling adalah lebih berkait dengan pertumbuhan dan perkembangan normal manusia dan dipengaruhi oleh vokasional kaunseling dan psikoterapi humanistik.

Pada masa 1957, Soviet Union berjaya melancarkan satelit Sputnik I. Pelancaran daripada satelit Rusian telah mendorong kongres National Defense Education Act (NDEA) dalam tahun 1958. Tujuan tindakan ini adalah untuk mengidentitikan kebakatan pelajar dengan cara saintifik dan secara keilmuan untuk membaiki pembangunan mereka. Ia membekalkan model Title V-A untuk menaikkan pangkat program kaunseling agar dapat membentuk institusi kaunseling dan bimbingan untuk melatih kaunselor.

Pada tahun 1950, teori baru telah wujud dan difokuskan. Teori tingkah laku seperti Desensitasi Bersistem daripada Joseph Wolpe, teori kognitif seperti terapi rational-emotif daripada Albert Ellis dan analisis transactional daripada Eric Berne. Teori pembelajaran, konsep kendiri daripada Donald Super dalam pembangunan pekerjaan telah memberi kesan yang baik atas pembangunan psikologi (Aubrey, 1977). Pada akhir dekad, jumlah dan kompleksiti teori berkaitan dengan kaunseling telah bertumbuh baik.

Tambahan sekolah menengah kaunseling, kolej pusat kaunseling selalu bermula sebagai pusat pentadbiran asas vokasional kaunseling selepas Perang Dunia II (Nugent, 1994). Terdapat satu aliran masuk kaunselor dan psikologis ke dalam agensi komuniti pada masa 1950. Kaunselor bertambah kakitangan dalam pusat vokasional pemulihan, bekerja dengan kedua-dua fizikal dan psikologikal yang diperlukan oleh individu terutamanya mereka yang dicederakan dengan serius pada masa Perang Dunia I dan II.

Antara 1960:

Perang di Vietnam, pergerakan hak civil, dan pergerakan wanita telah memberi kesan atas pembangunan psikologi. Ramai veteran dan keluarga mereka dari trauma perang Vietnam bertambahnya populasi keperluan kaunseling kesihatan mental. Pada tahun ini juga bertambahnya penyalahgunaan bahan dan kesedaran awam dengan masalah pada semua tahap umur. Masalah ini telah menyebabkan terbentuknya Pusat Tindakan Komuniti Kesihatan Mental pada tahun 1963. Ia memberi peluang kepada kaunselor pekerjaan yang pendidikan seting luar. Selain itu, kaunseling perkahwinan dan keluarga juga wujud dalam pusat ini sebab kadar penceraian semakin meningkat (Hollis, 2000). Kewujudan teori kaunseling daripada Dugald Arbuckle, Abraham Maslow dan Sidney Jourard adalah penting (Gladding, 2003) kerana ia menekankan perubahan kaunseling dari bersemuka satu-pada-satu kepada interaksi dalam kumpulan kecil.

Antara 1970:

Perkembangan kaunseling luar institusi vokasional bermula dengan cepat dalam tahun 1970 apabila pusat kesihatan dan agensi komuniti bermula ambil kaunselor sebagai pekerja. Sebelum masa ini, kebanyakan kaunselor bekerja di seting vokasional, biasanya sekolah awam. Kepelbagaian dalam pebangunan kaunseling telah membentuk konsep kaunseling yang baru. Banyak program komuniti kaunseling telah ditubuhkan dan kaunseling menjadi lebih umum dalam klinik kesihatan mental, hospital, program bantuan pekerja, hospital penyakit jiwa, dan pusat penyalahgunaan bahan. Pada tahun 1976, Perbadanan Kaunseling Kesihatan Mental Amerika Syarikat (AMHCA) ditubuhkan dimana ia menyatukan kaunselor kesihatan mental dalam satu persatuan profesional. Perkembangan program kemahiran pertolongan yang dimulakan oleh Truax dan Carkhuff (1967) serta Ivey (1971) adalah untuk mengajar kemahiran asas kaunseling kepada profesional dan bukan profesional. Kaunselor dapat mengajar kemahiran mereka kepada guru dan paraprofesional. Dalam pertengahan tahun ini, pendidikan program kaunseling memerlukan mengambil peperiksaan lesen psikologi (Ohlsen, 1983). Dalam tahun 1973, Perbadanan Pendidik Kaunselor dan Penyelia (ACES) telah merumuskan taraf untuk ijazah sarjana dalam kaunseling.

Antara 1980:

Standardidasi latihan dan pengizahan bermula pada awal dekad ini dan bertumbuh dengan kuat dalam tahun ini. Pada tahun 1987, Council for Accreditation and Related Education Programs (CACREP) mendapat keanggotaan dalam Council on Postsecondary Accreditation (COPE). CACREP mengstandardikasikan program pendidikan kaunselor kepada program master dan ijazah kedoktoran dalam bidang sekolah, komuniti, kesihatan mental, perkahwinan, dan kaunseling keluarga atau perkhidmatan personal untuk pelajar kolej. National Board for Certified Counselors (NBCC) dibentuk pada tahun 1983, bermula mengesahkan kaunselor pada taraf kebangsaan. Pada tahun 1984, NBCC juga membentuk taraf untuk mengesahkan kaunselor pekerjaan, sebagai kesannya, ramai individu menjadi kaunselor pekerjaan kebangsaan (NCCCs) (Herr, 1985). Akhirnya, dalam penyatuan dengan CACREP, National Academy of Certified Clinical Mental Health Counselors (NACCMHC) terus menentukan taraf praktis dan mengesahkan kaunselor dalam kaunseling kesihatan mental (Seiler, Brooks, & Beck, 1987; Wilmarth, 1985). Salah satu perubahan dalam bidang kaunseling semasa 1980 adalah pertambahan fokus pada multi-budaya kaunseling (Claiborn, 1991). Multi-budaya kaunseling dimasukkan dalam kurikulum agar dapat berkerja dengan pelajar dari pelbagai latar belakang dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran kaunselor.

Evolusi dalam kaunseling dalam tahun ini adalah satu profesion bantuan yang jelas atas kesan isu, pergerakan dan peristiwa. Pada tahun 1983, APGA telah mengubah nama kepada Perbadanan Kaunseling dan Pembangunan Amerika Syarikat (AACD). Kaunseling menekankan pertumbuhan dan pembangunan manusia. Terdapat pembentukan 5 tahap kehidupan Erik Erikson (Hamachek, 1988), dan satu pembangunan orang dewasa dan orang tua akibat daripada pembentukan Perbadanan Dewasa dan Pembangunan (AAAD). Peningkatan perhatian terhadap isu jantina dan kecenderungan seksual. Kajian Carol Gilligan pada pembangunan nilai moral atas wanita yang dapat mengenalkan teori feminis ke dalam arena kaunseling. Penekanan pada pembangunan moral manusia daripada teori Lawrence Kohlberg (1969) adalah berkait rapat dengan keupayaan kognitif dan empati (Bowman & Reeves, 1987). Berkerja dengan golongan etnik dan kebudayaan yang berbeza adalah difokuskan dalam isu multi-budaya yang ditekankan oleh Perbadanan Multibudaya Kaunseling dan Pembangunan (AMCD).

Antara 1990:

Pada awal tahun 1990 telah berlakunya krisis kewangan dalam ACA dengan hampir tertutup dan dalam tahun 1992, kaunseling termasuk dalam statistik sumber manusia penjagaan kesihatan yang bersatu dengan Pusat Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Institut Kesihatan Mental Kebangsaan (Manderscheid & Sonnenschein, 1992). Jenis ini meletakkan kaunseling pada kesihatan mental khusus seperti psikologi, kerja sosial, penyakit jiwa. Kemahiran multibudaya kaunseling yang ditulis oleh Sue, Arredondo, dan McDavis (1992) adalah digunakan untuk mengkaunseling dengan golongan minoriti dan ketidakupayaan. Tambahan lagi, kaunselor menjadi lebih sedar terhadap kepentingan faktor sosial kepada pembangunan dan keutamaan kecelaruan mental dan kesihatan.

Antara 2000:

Dalam abad ini, profesion kaunseling dikesan oleh globalisasi dan teknologi. Akan tetapi, masyarakat masih menghadapi masalah sosial. Kaunselor memasuki kerja mereka dalam banyak populasi yang berbeza dan menekankan bahawa pencegahan adalah baik sebelum intervensi dan membuat rawatan.

KESIMPULAN

Sejarah awal profesion kaunseling dapat memberi pengetahuan kepada orang ramai tentang peristiwa dan faktor mengakibatkan kebangkitan kaunseling. Kita mendapati walaupun profesion dalam bidang lain seperti penyakit jiwa adalah berbeza dengan kaunseling akan tetapi matlamat membantu orang lain masih sama matlamat yang dipegang pada setiap kaunselor.

Wednesday 25 April 2012

INVENTORI MINAT KERJAYA VPI

inventori minat kerjaya VPI dapat mengenalpasti minat individu terhadap sesuatu bidang pekerjaan. Alat ukuran ini terdiri daripada RIASEC iaitu:
i.                    Realistik
ii.                  Investigatif
iii.              Artistik
iv.              Sosial
v.                 Enterpising
vi.               Conventional.
Tambahan lagi, alat ujian VPI ini sesuai digunakan untuk golongan dewasa dalam mengkaji minat mereka dalam sesuatu pekerjaan.

INVENTORI NILAI PEKERJAAN SIDEK

Inventori Nilai Pekerjaan Sidek merupakan inventori yang digunakan untuk mengenal pasti nilai-nilai yang dianggap penting oleh seseorang individu. Inventori ini mempunyai format jawapan skala likert iaitu
i.                   Sangat suka (ss)
ii.                 Suka (s)
iii.              Tidak pasti (tp)
iv.              Tidak suka (ts)
v.                 Sangat tidak suka (sts)
Gerak balas individu kepada item-item yang terkandung dalam ujian ini dikatakan dapat menerangkan nilai-nilai pekerjaan individu. Jom cuba inventori ini!!

INVENTORI KERJAYA ROTHWELL MILLER

Alat ukurun BMRM atau borang minat Rothwell Miller ini dibentuk oleh Miller untuk mengkaji minat seseorang individu tentang bidang pekerjaan. Inventori ini terdiri daripada 2 borang yang berlainan iaitu spesifik untuk :


i.  lelaki
ii. wanita. 


Berminat untuk mencuba?? Cuba jawab dan lihat analisis markah anda. Adakah sama dengan bidang kerjaya yang anda pilih sekarang??

Tuesday 24 April 2012

PERSONALITI KERJAYA MENGIKUT TEORI HOLLAND

1.REALISTIK- ORANG JENIS PRAKTIKAL
 (KEMAHIRAN PERTUKANGAN DAN MEKANIKAL)    
                             
CIRI-CIRI
Stabil, natural, maskulin, praktikal, tekun, terus terang, berdikari, fizikal, materealistik, jujur, pemalu, akur, tulen, inventif, normal, berpendirian tetap, cermat, keras hati, berulang-ulang, kurang celik akal.

a.   SUKA
Aktiviti mekanikal, kerja luar, atletik (sukan), aktiviti manual, benda konkrit (wang, kuasa dan status), bekerja dengan peralatan, tumbuhan, dan haiwan.
b.  TIDAK SUKA
Aktiviti akademik, aktiviti sosial, pendedahan kendiri, bekerja dengan orang lain.
c.   ORIENTASI
Penglibatan secara lansung dengan aktiviti konkrit, manipulasi objek.
d.  PEKERJAAN
Jenis pembaikan mekanikal, elektrikal, kejuruteraan, mekanik, guru kemahiran hidup, juruteknik, pegawai perikanan, pegawai perhutanan, pegawai mergastua, tukang masak, pereka fesyen, jurufoto, juruukur, penyelam, pemandu, atendan pam minyak, tukang kayu, tukang paip.
e.   BIDANG PENGAJIAN
Kejuruteraan awam, kejuruteran mekanikal, perhutanan, teknologi perubatan, penyediaan makanan, bidang teknik dan vokasional, pertanian dan penternakan.
f.    PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan dan pencapaian daripada teknikal dan memanipulasikan benda, mesin, pertanian, dan penternakan.
Ganjaran bernialai seperti wang, kuasa, status, dan sesuatu yang dimiliki.
Menggalakkan individu melihat dunia secara mudah dan tradisional.
2. INVESTIGATIF - ORANG JENIS MENGANALISIS                                                               (SAINTIFIK  DAN   TEKNIKAL)
CIRI-CIRI
Analitik, intelektual, teliti, ingin tahu, bebas, asli, rasional, pasif, pendiam, kritikal, tepat, pesemistik, berdikari, berhati-hati, cekal, introvert, introspektif, sistematik, radikal, tidak popular.

a.      SUKA
Aktiviti abstrak dan simbolik, sains dan matematik, pengamatan dan penyelidikan, penyelesaian masalah, bekerja sendirian.
b.  TIDAK SUKA
Aktiviti sosial, aktiviti berulang-ulang, peraturan yang rigid, memujuk orang lain, bekerja dengan orang lain, kepimpinan.
c.   ORIENTASI
Penyelidikan dan penyelesaian masalah.
d.  PEKERJAAN
Saintis, pakar bedah, penyelidik, psikiatri, ahli kaji cuaca, ahli kaji bumi, ahli kaji bintang, optometris, ahli ekonomi, ahli patologi, jurutera elektrik, pembantu makmal, juruteknik perubatan, penulis rencana, penyunting, ahli antropologi, pengaturcara komputer.
e.   BIDANG PENGAJIAN
Perubatan, Sains dan Matematik, ekonomi, geologi, sains industri, sains komputer, psikologi, kejuruteraan kimia, kejuruteraan sumber asli, kejuruteraan sains Geoinformasi.
f.    PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan dan pencapaian saintifik, pemerhatian dan penyiasatan fenomena secara sistematik, ganjaran bernilai saintifik.
Menggalakkan individu melihat dunia secara kompleks, abstrak, bebas dan semulajadi.


 3. ARTISTIK - ORANG JENIS BERKARYA
 (SENI, MUZIK DAN PENULISAN)

CIRI-CIRI

Sensitif, berimaginasi, banyak idea, bebas, lembut, emosi, introspektif, fleksibel, tergesa-gesa, tidak bersistem, berpendirian, kurang bersosial, mudah meluahkan perasaan, suka bersendirian, ekspresif, intuitif, terbuka, idealistik, tidak praktikal.
a.      SUKA
Kreativiti, idea, situasi, tidak berstruktur, cenderung aktiviti kesusasteraan, bahasa, muzik, drama, seni lukis, puisi, vokalis, penulisan berkarya, isu kemanusiaan, kerja bersendirian.
b.     TIDAK SUKA
Kerja-kerja fizikal, situasi berstruktur, kerja perkeranian, perniagaan dan sistem pengurusan dan ppentadbiran, manipulasi data.
c.      ORIENTASI
Berkarya, mencipta idea.
d.     PEKERJAAN
Guru bahasa dan sastera, seniman, ahli muzik, pereka fesyen, komposer, penulis skrip, kartunis, pereka grafik, arkitek, pereka tari, pengarah drama/ teater, ppenyair, penyunting filem, juru solek, pelukis, wartawan.
e.      BIDANG PENGAJIAN
Kesenian (seni lukis dan seni reka), kesusasteraan dan budaya, muzik, alam bina, pengajian bahasa, seni bina perancangan, falsafah.
f.       PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan dan pencapaian dalam seni dan situasi kabur, kerja bebas dan tidak bersistematik. Ganjaran bernilai seni. Menggalakkan individu melihat dunia secara kompleks, tidak konvensional dan fleksibel.

 4. SOSIAL - ORANG JENIS SOSIAL
 (PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN) 

CIRI-CIRI

Kerjasama, menolong, rasional, bijaksana, ambil berat, memujuk, prihatin, bertanggunhjawab, peramah, penyabar, baik hati, idealistik, riang, ekstrovert, agresif, memahami orang lain, mudah berinteraksi, suka bergaul, pemurah, kewanitaan.
a.      SUKA
Perhatian, berurusan dengan orang lain, bersosial, menolong, kerja-kerja amal dan kemasyarakatan, perbincangan, pendidikan, menghadiri majlis sosial, aktiviti kebajikan, menunjuk ajar, memikirkan masalah masyarakat.
b.     TIDAK SUKA
Kerja-kerja fizikal, aktiviti luar, kerja dengan peralatan, kerja-kerja terlalu berstruktur, bidang mekanikal dan saintifik.
c.      ORIENTASI
Kebajikan, kemasyarakatan dan pendidikan.
d.     PEKERJAAN
Pensyarah, guru, ustaz, ahli politik, jururawat, kaunselor, pegawai kastam, pegawai kebajikan, juruacara, pramugari, ahli psikologi klinikal, diplomat, ahli sosiologi
e.      BIDANG PENGAJIAN
Sosial, pentadbiran, pendidikan, sejarah sains, kemasyarakatan, pengajian agama, sains politik, pembangunan sumber manusia, ekologi manusia.
f.       PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan interpersonal, minat dalam memberitahu, melatih, mengubati, menyedarkan orang lain. Ganjaran bernilai sosial dan kemasyarakatan. Menggalakkan individu melihat dunia dan dengan cara yang fleksibel.

5. ENTERPRISING - ORANG JENIS USAHAWAN
(PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN)

 CIRI-CIRI
Agresif, memujuk, sergas, cita-cita tinggi, ekstrovert, berlagak, bebas, bersungguh-sungguh, suka berbahas, optimistik, yakin, mempengaruhi, menggoda, petah, manipulasi, dominan, kemahiran interpersonal yang baik, kebolehan memimpin, menonjolkan diri, regular, pentingkan diri, maskulin, bermotivasi.
a.      SUKA
Kuasa, status, mentadbir dan kepimpinan, keuntungan, ekonomi, regular, keseronokan, suka mengambara, bersosial, suka cabaran.
b.     TIDAK SUKA
Aktiviti sistematik, kemahiran saintifik dan teknikal, intelektual, isu-isu abstrak dan simbolik, kerja yang ditentukan dan diawasi.
c.      ORIENTASI
Manipulasi keuntungan dan mempengaruhi orang lain.
d.     PEKERJAAN
Pegawai pemasaran, perunding, pengurus, peguam, hakim, pegawai insurans, ahli politik, penerbit, pengarah muzium, pegawai penilai, usahawan, pengurus syarikat, pekerja perhotelan, jurujual pasaran saham, spekulator, pengurus personal.
e.      BIDANG PENGAJIAN
Pengurusan dan pentadbiran, pemasaran perniagaan, perundangan, perhotelan, penyediaan makanan, sains aktuari, perlancongan, rekreasi, kejuruteraan industri, pengurusan personal.
f.       PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan mempengaruhi dan memimpin. Pencapaian dan manipulasi orang lain untuk matlamat peribadi dan organisasi. Ganjaran bernilai keusahawanan dan matlamat (wang, status dan kuasa). Menggalakkan individu melihat dunia dari segi kuasa, harta, tanggungjawab, mudah dan stereotaip.
                                      
6. KONVENSIONAL - ORANG JENIS SISTEMATIK
 ( PERKERJAAN DAN ORGANISASI PEJABAT)

CIRI-CIRI

Jujur, berhemat, kemas, akur, cekap, sopan, teliti, tekun, bersungguh-sungguh, suka mempertahankan diri, pandai sesuaikan diri, tidak suka berimaginasi, mendesak, tegas, praktikal, stereotaip, dominan, disiplin, konservatif, kurang berdikari, terancang, rigid, bergantungan.
a.      SUKA
Arahan, tugas sistematik dan terancang, elak diri daripada masalah, menyusun maklumat, data dan sistem fail. Bekerja dengan data, maklumat dan sistem fail.
b.     TIDAK SUKA
Aktiviti tidak bersistem, arahan kabur, isu-isu imaginatif, situasi yang rumit, kemahiran seni, aktiviti-aktiviti kurang pengstrukturan.
c.      ORIENTASI
Manipulasi data dan sistematik.
d.     PEKERJAAN
Akauntan, operator komputer, kerani pos, pustakawan, peguam kredit, pegawai cukai, kerani kewangan, jurutaip, setiausaha, juruaudit, pegawai statistik, pegawai kawalan mutu, juru trengkas, penilai harta, kerani kaunter, guru perdagangan.
e.      BIDANG PENGAJIAN
Teknologi maklumat, sains komputer, pengurusan dan pentadbiran, sains perpustakaan, sains kesetiausahaan, perakaunan, kewangan pendidikan, perniagaan.
f.       PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan mengikut arahan dan perkeranian, Manipulasi data, rekod atau bahan bertulis. Ganjaran bernilai wang, pergantungan dan akur. Menggalakkan individu melihat dunia dengan cara konvensional, stereotaip, pergantungan dan mudah.

Sunday 22 April 2012

SOALAN-SOALAN TEMUDUGA

SOALAN YANG SERING DITANYA DALAM TEMU DUGA

1.  Beritahu saya tentang diri anda?
Ini biasanya soalan pertama yang akan di tanya penemuduga sebaik sahaja anda telah mengambil tempat duduk anda. Ini adalah peluang bagi penemuduga untuk menilai anda  melalui apa yang kamu katakan dan bagaimana anda menjawap soalan mereka. Seperti yang mereka selalu berkata, jawapan pertama anda adalah penting sekali, jadi anda perlu pastikan anda telah menyediakan diri anda secukupnya untuk menjawab. Pastikan ia pendek dan ringkas, sebaik-baiknya dalam masa 2 – 3 minit.
Bagaimana anda harus menjawab kemudian? Seperti saya katakan, anda harus melakukan sikit kajian awal kepada syarikat itu, cari maklumat melalui kawan atau sumber lain yang boleh membantu anda.
Jawapan anda itu, adalah berkaitan kualiti anda (contohnya, kelayakan, personaliti dan pengalaman kerja) yang berkaitan dengan kedudukan dalam soalan. Oleh itu, anda hanya perlu menyampaikan maklumat berkenaan apa yang diperlukan untuk kerja, tetapi tidak kepada yang tidak relevan yang berkaitan dengan acara keluarga atau peribadi.
2. Apakah kelemahan anda?
Pada anda soalan ini seolah-olah rumit. Dari satu segi, anda tidak boleh menunjukkan bahawa anda kekurangan apa yang diperlukan untuk kerja di pihak yang lain, ia akan dusta yang nyata jika anda mendakwa anda tidak mempunyai apa-apa kelemahan. Apa yang anda harus mendedahkan pada masa itu?
Jika anda benar-benar melihat profil syarikat mereka dan apa-apa berkaitan, anda sekarang akan memahami apa kualiti yang dianggap kekuatan, dan apa yang tidak. Sekarang, terdapat beberapa cara untuk menjawab soalan maut seperti ini.
Dengan pengetahuan anda apa yang dimaksudkan sebagai kelemahan yang tidak disukai oleh penemuduga,Caranya anda boleh topeng kekuatan sebagai kelemahan. Sebagai contoh, anda boleh mengatakan anda adalah orang yang amat  teliti, dan cerewet dengan butir-butir projek (untuk ini untuk bekerja walaupun, kerja mestilah salah seorang yang tertentu tentang khusus). Last but not least, anda boleh mengaku kelemahan yang lalu tetapi menunjukkan bagaimana anda telah berjaya ke atas mereka.
 3. Apakah pencapaian anda yang terbesar?
Walaupun penemuduga meminta anda tentang pencapaian terbesar anda, anda masih perlu memilih satu yang lebih profesional yang berkaitan dengan jawatan yang anda pohon. Ini adalah masa yang baik untuk menggambarkan bagaimana anda boleh menyumbang kepada syarikat itu jika anda berjaya direkrut, maka ia akan memberi kelebihan kepada anda jika anda menyebut satu pencapaian yang terpakai kepada kedudukan anda sekarang.
Katakan anda memohon untuk jawatan yang memerlukan sejumlah besar penyelesaian masalah dan troubleshooting. Anda mungkin mahu bercakap tentang satu-satu masa apabila anda menyelesaikan masalah berterusan yang telah dilanda syarikat anda selama bertahun-tahun. Anda boleh menjelaskan bagaimana anda memulakan penyelidikan dan membuat cadangan berguna yang akhirnya dilaksanakan kepada semua jabatan. Jika boleh, kuantiti keputusan anda dari segi simpanan yang dibuat dan meningkatkan daya penghasilan, boleh anda ceritakan.
 4. Mengapa anda meninggalkan pekerjaan terakhir anda?
Terdapat pelbagai sebab yang munasabah untuk meninggalkan pekerjaan lama. Namun, apabila ia datang untuk temubual, cuba untuk menjawab secara positif dan bukannya mengadu tentang apa yang membuat anda tidak berpuas hati mengenai syarikat lama atau jabatan dahulu. Terangkan berkaitan  dengan matlamat kerjaya anda dan bagaimana pekerjaan yang anda memohon menyediakan persekitaran yang lebih baik bagi pertumbuhan daripada pekerjaan sebelum ini anda. Seperti biasa, sudut balasan anda sedemikian rupa bahawa apa yang anda telah belajar dalam kerja anda yang terdahulu memberi kesenangan kepada anda dengan kemahiran yang berharga untuk kedudukan semasa.
Di sini, penemuduga itu cuba untuk mengukur berapa banyak kerja yang sesuai dengan harapan anda. Anda mungkin telah berhenti kerja terakhir anda kerana anda tidak berpuas hati tentang sesuatu. Penemuduga mahu memastikan bahawa anda akan komited kepada kerja dan tidak meninggalkan kerana permintaan anda tidak dipenuhi.
 5. Kenapa anda ingin bekerja dengan kami? “
Penemuduga ingin melihat sejauh mana anda mengetahui tentang budaya syarikat, dan sama ada anda boleh mengenal pasti dengan nilai-nilai dan visi organisasi. Setiap organisasi mempunyai mata yang kukuh, dan merekalah orang-orang yang anda harus menyerlahkan dalam jawapan anda. Sebagai contoh, jika syarikat ini memberi penekanan kepada integriti dengan pelanggan, maka anda menyebut bahawa anda ingin berada dalam pasukan kerana anda sendiri percaya dalam integriti. Jika syarikat ini penting kualiti produk, anda perlu cakap anda suka kerja menghasilkan produk kualiti dan ingin member komitmen terbaik.
Ia bukan pembohongan. Dalam kes yang nilai anda tidak sejajar dengan syarikat itu, tanya diri anda adakah  anda akan gembira bekerja di sana. Jika anda tidak mempunyai isu dengan itu, teruskan. Tetapi jika anda sedar budaya syarikat dan sedar bahawa terdapat beberapa dilema yang anda mungkin menghadapi, anda harus berfikir dua kali.  Cara yang terbaik ialah bersikap jujur ​​dengan diri sendiri, dan bersikap jujur ​​dengan penemuduga dengan apa yang ada dalam budaya syarikat mereka.

                                           

Friday 20 April 2012

TIPS KERJAYA

KONSEP PEMILIHAN KERJAYA
  • Individu akan cuba mengimplimentasikan konsep kendiri dengan memilih pekerjaan yang akan membenarkan ekspresi diri.
  • Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana individu berupaya mencari jalan keluar untuk menyalurkan ciri-ciri yang ada pada dirinya.
  • Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin besar kemungkinan seseorang itu untuk berjaya dalam bidang berkenaan.
  • Kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau darjah kongruens antara jenis personaliti dengan persekitaran kerja.
 MASALAH PEMILIHAN KERJAYA REMAJA
  • Remaja kurang atau tiada kebolehan dalam membuat keputusan tentang kerjya kerana mempunyai minat yang pelbagai, minay yang tidak jelas atau tiada mempunyai minat.
  • Remaja tidak dapat menjangka dengan baik tentang personalitinya, minatnya, nilainya, serta kebolehannya hingga pilihan yang dibuat tidak setimpal dengan ciri-ciri dirinya.
  • Remaja kekurangan atau tiada pengetahuan serta maklumat berkaitan dengan dunia pekerjaan.

STRATEGI PEMILIHAN KERJAYA

  • Mengenalpasti trait-trait dan ciri-ciri individu termasuklah personaliti, minat, nilai, dan pencapaian individu iaitu mengenal potensi diri.
  • Mengenalpasti dan menganalisis keperluan-keperluan pekerjaan iaitu mengenali dunia pekerjaan.
  • Memadankan individu dengan pekerjaan iaitu memadankan potensi diri dengan kerjaya yang sesuai.

UNTUKMU LEPASAN SPM, STPM, MATRIK

entry ini khas untuk pelajar yang baru ambil result exam.tak kisah la SPM ke? STPM ke?? Matrik ke?? asalkan dah habis exam.. mesti tertanya-tanya course apa yang sesuai untuk kamu kan.. yang penting bersesuian dengan keputusan exam dan minat kamu semua..

yang seronoknya sekarang semuanya hanya di hujung jari..tak payah susah-susah macam kami semua yang jenuh nak tanya orang sana-sini untuk dapatkan feedback..masa minggu-minggu macam ni kebanyakan bilik kaunselor memang full...semua pakat nak tanya kaunselor..padahal sebelum ni bilik kaunseling tu kosong je..betul kan??

JADI,kami nak jimatkan masa anda.tak perlu jalan jauh-jauh. kat rumah pon boleh tahu..heheh..sambil-sambil belek FB tu boleh la belek link ni sekali..bagi sape-sape yang bukan lepasan exam-exam ni pon boleh je kalau nak try.. kalau berminat boleh la klik disini

selamat mencuba..(^_^)

THANKS FOR STOPPING BY ...